Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN

Ramadan Oh Ramadan…

Sesungguhnya syurga itu diukup-ukup dan diperhias tiap tahun ketika
masuk bulan Ramadan, maka apabila tiba pada malam pertama Ramadan
datang angin dari bawah Arsy
yang bernama Almutsirah, maka menggoyangkan daun-daun syurga
dan menggerakkan daun pintu sehingga terdengar suara bidadari
dari jendela-jendela bahagian atas syurga dan berseru :
Siapakah yang datang meminang kepada ALLAH untuk dikahwinkan seorang
dari kami, kemudian bidadari itu bertanya kepada Malaikat Ridhwan;
Ya Ridhwan, malam apakah ini? Wahai wanita-wanita cantik, ini malam pertama
bulan Ramadan. Kemudian ALLAH berfirman; Ya Ridhwan bukalah pintu-pintu syurga
untuk orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. Dan menyuruh
Malaikat Malik;
Ya Malik tutuplah pintu-pintu neraka Jahim dari orang-orang yang puasa
dari umat Muhammad s.a.w. dan berfirman : Ya Jibril turunlah ke bumi
dan ikatlah syaitan-syaitan yang jahat
dan rantai mereka kemudian buanglah mereka dalam laut supaya
tidak mengganggu (merosakkan) puasa umat Muhammad s.a.w.

Dan pada tiap malam Ramadan, ALLAH berseru tiga kali : Siapakah yang
minta akan Aku beri permintaannya, siapakah yang taubat akan Aku
terima taubatnya, siapakah yang
minta ampun maka akan Aku ampunkan, kemudian diserukan :
Siapakah yang akan menabung pada yang kaya yang tidak pernah punya dan
yang selalu menepati yamg tidak zalim.

Dan pada tiap hari bulan Ramadan ALLAH memerdekakan sejuta ahli neraka
yang semuanya layak disiksa dan bila pada hari atau malam Jumaat pada
tiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka, bila akhir hari
Ramadan ALLAH memerdekakan pada hari itu sebanyak orang yang
dfimerdekakan dari hari pertama hingga akhir Ramadan.

Dan pada malam Lailatul Qadar ALLAH menyuruh Malaikat Jibril dengan
rombongan Malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang
diletakkan di atas Ka’abah dan ia mempunyai
enam ratus sayap, diantaranya dua sayap yang tidak dihampar kecuali
pada malam Lailatul Qadar, maka dihampar sehingga meliputi
hujung timur hingga hujung barat.
Lalu Malaikat Jibril mengutus Malaikat pergi kepada umat Muhammad s.a.w. untuk
memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk,
sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan
doa mereka sehingga terbit fajar.
Apabila telah terbit fajar maka Jibril menyeru : Hai para Malaikat
segeralah kembali, kembali, lalu Malaikat bertanya :
Bagaimana mengenai hajat kaum Mukminin dari umat Muhammad s.a.w.?
Jawab Jibril; ALLAH melihat mereka dengan pandangan rahmat lalu
memaafkan mereka,
kecuali dari empat macam :
Pemabuk (peminum arak); Pendurhaka terhadap kedua ayah bundanya;
Memutuskan hubungan keluarga; dan Orang yang memboikot,
tidak bicara dengan saudaranya lebih dari tiga hari.

Maksud hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.
Petikan : Tanbihul Ghaffilin



ALAM MAHSYAR

ALAM MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.




4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.




9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

?

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Thursday, August 27, 2009

panduan kyushuk solat








Untuk Peringatan kita….



Petikan di bawah diambil dari e-zakat portal;





Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:





Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.



Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.




Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.




Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya




Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.




Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.




Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.




Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.





Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.



Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."



Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:








"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].



apabila ALLAH mencintai hambanya

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau Allah
Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan
memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan
itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang
seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si
Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu
mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan
penghuni bumi."

(Muttafaq 'alaih)



Wednesday, August 26, 2009

AIB

Apabila engkau bermaksud menyebutkan aib orang lain,
maka sebutlkanlah dahulu aibmu sendiri.

Berbahagialah orang yang mementingkan introspeksi pada
aib dirinya sendiri dan tidak mementingkan aib orang lain.

Jangan membicarakan aib seseorang, tetapi katakanlah
setiap perbuatannya yang baik.

Bicarakanlah aib diri sendiri sebelum melakukan kecaman
kepada orang lain. Apabia kita tidak punyai aib, kita tidak
senang melihat aib orang lain.

Kerana manusia mencintai dirinya, tersembunyilah baginya
aib dirinya, tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. Hanya
dipandang kecil walau bagaimanapun besarnya.

Orang yang memperhatikan aib orang lain menyebabkan dia
tidak pernah mempunyai waktu bagi mengetahui aibnya
sendiri.

--
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

"Be a Rose which gives fragrance
even to those who crash it




Hadis Fadhilat Ramadhan – 1

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban: ( Terjemahan )

'Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjara puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata : ' Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : ' Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'.

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerja-pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamnu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlam syurga '.

Huraian ringkas :

Terdapat banyak perkara yang jika dihuraikan di sini, maka ia akan menjadi amat panjang sekali. Tetapi apa yang saya ingin huraikan satu perkara yang penting iaitu tentang ' sikap pengorbanan ' yang mesti ada dalam diri kita untuk membantu orang-orang Islam yang lain yang memerlukan pertolongan kita. Pertolongan dan pengorbanan ini mestilah kita berikan kepada masyarakat kita terutamanya yang menghadapi kesengsaraan hidup, sama ada si miskin, si fakir, anak yatim, balu-balu dan semua golongan yang tertindas. Mari kita mengambil ikhtibar dari kisah sahabat sebagai renungan dan panduan kita.

Abu Jahm r.a. berkata: ' Semasa peperangan Yarmuk, saya telah keluar untuk mencari saudara sepupu saya. Saya telah membawa bersama sebekas air kerana memikirkan kalau dia masih hidup, saya akan memberikannya air dan akan membasuh tangan dan mulutnya. Secara kebetulan saya telah menemuinya dalam keadaan terlantar. Saya telah bertanya jika beliau memerlukan air dan beliau telah memintanya dengan isyarat. Dalam pada itu seorang yang tercedera di sebelahnya telah mengerang kesakitan. Sepupu saya telah mengisyaratkan supaya saya pergi kepadanya sebelum beliau sendiri sempat minum. Saya telah pergi ke sisinya dan bertanya kepada beliau. Dalam pada waktu itu pula seorang yang berada di sebelahnya telah memberi isyarat. Sahabat yang kedua itu pun telah mengisyaratkan supaya saya pergi kepada sahabat yang ketiga sebelum beliau sendiri sempat minum air. Semasa saya tiba di sisinya, rohnya telah melayang. Saya kembali kepda sahabat yang kedua, beliau juga telah meninggal, lalu saya kembali kepada saudara sepupu saya dan mendapati beliau juga telah meninggal dunia'.

Semoga pengajaran dari kisah dan hadis ini dapat menjadikan kita seperti sifat ithar salafussolihin yang sanggup berkorban demi Islam dan muslim itu sendiri.




RAMADHAN DAN MASA





Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan

Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."




Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.





neraka yang begitu menakutkan

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya
tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat menakutkan).
Beliau s.a.w. bersabda:

"Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan
tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak."





Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil
terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan:

Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang sahabat-sahabatnya,
lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda:

"Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu
yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya
neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka
nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak."

Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang
lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh
beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil terdengar
suara esaknya.